Kisah Kejayaan

Encik Paul Siel

Menyedari keperluan ICT di dalam dirinya, Encik Paul Siel, telah mendaftar sebagai ahli di PI1M pada tahun 2017 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi E-Learning.

Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT yang diadakan di PI1M, beliau kini yakin untuk memiliki dan menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari rumah. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga. Selain itu, Beliau turut melayari laman sesawang rasmi bank pilihannya.

Selain itu, beliau dengan kemahiran yang dipelajari dapat menyediakan invois dan sebut harga dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Pelbagai dokumen lain seperti surat dan memo pula disediakan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word.


Genevieve Sara

Genevieve Sara merupakan pelajar tahun 6 di SK ST John Taee. Beliau merupakan pelajar yang aktif dalam tarian dan pelajaran. Beliau juga sering mengunjungi PI1M untuk mendapatkan bahan ilmiah demi mengulangkaji pelajarannya dan untuk menghadapi UPSR yang lepas. Bukan itu sahaja, beliau tidak segan untuk bertanya dengan staff PI1M jika tidak tahu menggunakan computer dan mencari maklumat lain untuk mencari bahan ilmiah yang lain.

Beliau juga sering mengikuti kursus ICT yang dikelolakan oleh Pi1m Kg Taee. Beliau juga gemar menghabiskan masa untuk melayari internet dengan membuat latihan ulangkaji secara dalam talian dan menonton tarian tradisional dalam Youtube untuk rujukan. Menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual ulangkaji, melukis menggunakan computer dan mengunakan Microsoft Publisher untuk membuat poster untuk Pertandingan Digital Awareness yang lepas. Staff PI1M banyak membantu pelajar dalam menggunakan computer untuk tujuan belajar untuk memudahkan beliau mempelajari seterusnya mempraktikkan dirumah dan menambah pengetahuan tentang computer.